"Desert" Malam

Tuesday, July 7, 2009

Salam,
Rasanya ramai yang menyedari akan hakikat ini. Kriteria utama menjadi ahli 'J'. Jika sebelum ini bayak kita saksikan pelbagai kaedah politiking yang kita perati. Ada yang berbaiah..tetapi akhirnya dipulaukan. Dibiarkan tanpa bimbingan. Tetapi ada yang tidak berbaiah, tidak pergi tamrin, diambil, dianak emaskan...perkara pokok yang saya nampak adalah berbentuk kronisme.
Mengapa ini berlaku? Mengapa bila seseorang itu membangkang, maka dia dipulaukan? Sedangkan dia telah berbaiah. Adakah kita merasa seronok bernuat demikian? ykinlah semua, kerja2 mencabtas orang ekorang tidak suka sikapnya yang membanfkan akan merugikan kita semua.

Tulisan inilah yang menggegarkan dunia Tautan Hati. Banyak komen yang diperolehi. Saya menucapkan terima kasih kepada komentar-komentar yang berani. Saya masih lagi menunggu komen-komen dari semua ahli yang lain. Saya mengutarakan tajuk "Kriteria Ahli Jemaah" adalah untuk kita semua sedar akan apa yang kita buat. Ini kerana saya merasakan ada yang tidak kena dalam pemilihan atau pengambilan ahli-ahli J ini. Macam tidak adil pulak. Cuba anda semua baca komen di bawah ini;-

Klu abang nak tahu kat skudai mcm tu la, jumud & skeptikal, dah jadi ahli masa utmkl, p skudai kena reject.. adakah matlamat jemaah itu tamrin, atau tamrin sbgai jalan je?
modul tamrin satu lagi byk tak ikut sunnah, benda sunat blh jadi wajib dalam tamrin. alasannya untuk tarbiyyah. tarbiyyah yang sebenar adalah selaras dengan sunnah nabi, bukannya mengubah hukum ibadat. contoh ibadat yang sunat bertukar wajib ketika tamrin ialah
1) wajib puasa isnin dan khamis: masa saya bersekolah di sekolah tok guru nik aziz dulu takda pun ustaz2 wajibkan puasa sunat ni, klu nak ikut tempoh tarbiyyah(pendidika n) lagi lama, sepanjang tahun.
2)sembahyang berjamaah disurau bagi muslimat: semasa saya sekolah di pulau melaka, tarbiyyah tok guru nik aziz ialah tidak wajibkan dan tidak larang pelajar perempuan turun kemasjid, selaras dengan apa yang nabi buat.
3) wajibkan baca ma'surat berjemaah ketika tamrin: dr yusuf qaradhawi dalam bukunya kenangan ku bersama ikhwan ada bagi tau,semasa beliau dalam penjara ada yang baca ma'surat, ada yang tinggalkan.. alasannya jelas taknak bagi nampak benda tu jadi wajib, kenapa la kita pandai2 g ubah hukum, siapa la kita ni..
4) minum air garam: Islam jelas menolak mudharat, dalilnya ikut logik akal pun dah tahu garam tu klu berlebihan boleh menyebabkan hipotensi. alasannya sekali sekala tak apa, garam boleh tambah tenaga, kesian kerajaan malaysia, kempen kurangkan garam pun ditolak oleh puak2 pembangkang yang berada di universiti
5) jamu nasi basi alasan untuk denda: syeikh, musuh yang ditawan oleh tentera islampun disuruh layan dengan elok, jika nak banding salah peserta tamrin dengan dosa musuh yang lawan islam mana lebih teruk
6) ajar menipu: menggunakan sirr dan hazar dengan sewenang-wenangnya.

Semoga anda semua faham akan maksudnya, jangan diputar belit macam isu yang sebelum ni, Menyokong Tok Guru Nik Aziz. Saya cukup kecewa bila kita semua salah faham apa yang saya maksudkan dalam artikel seblum ini.

Komentar di atas merupakan seorang aktivis yang tidak jemu dengan dunianya, namu dia merasakan ada yang tidak berlaga dengan angin dia. Berkebetulan tajuk artikel saya tersebut, dia tanpa segan silu memberi komen. Tahniah saudara, saya amat menghargainya. Orng yang macam ini lah yang kita nak cari. Berani kerana benar. Bukan hipokrit. Seterusnya saya menulis lagi seperti ini;-

Syabas En. Bada, anda memang idealis...kadang-kadang mcm tu lah, bila kita kata J ni kronisme...marah,tak puas hati..tetapi hakikatnya mcm tu lah....Tak pegi tamrin, tak baiah...tapi disebabkan kroni...diterima masuk...yang pegi tamrin, berbaiah, tetapi suka membangkang dlm meting, diketepikan....hmmm...sampai bl la kita nk jadi mcm ni....banyak berpolitik dan teori semata-mata...eh, kawan2 kita yang sama seksyen tu bukan orang kita ke? saya rasa, kita lebih mesra dengan sahabat2 kita yang sama seksyen walaupun mereka bukan ahli J, ini kerana kita merasa bebas berkawan dengan mereka, tidak menipu diri sendiri... TIDAK HIPOKRIT.....Bahaya HIPOKRIT ni...kita bermain dengan perasaan dlm diri...
kita menipu diri kita kononnya kita ni berjurus semata2....cakap ana, enta, enti, antum....hakikatnya kita tak mcm 2....kalu kelate gak...demo, kawe...lebih mesra mcm tu...hmmm...tahlah.....dah tu...nk jadi mcm Thaksin pulak tu...kasar ke?hehehe...biasalah....kalu tak kasar, lembut.....eh, betul ke apa hk saya bagitahu ni?
Kepada En. Bada, anda tulislah kisah2 perjuangan anda, bukukan supaya dijadikan iktibar untuk adik2 kita....Insya Allah, saya akan komen penulisan anda.....Tahniah....

Hmm...mcam tu lah, lebih banyak saya menulis, lebih hebat lah komen-komen. Teruskan komen, kerana kita semua diberi ruang seluas-luasnya untuk memberi komen. Saya tak kisah komen itu nk marah ke, nk puji ke, nk kongsi pengalaman ke, terpulanglah kerana ia semuanya akan dinilai oleh individu masing-masing. Bersikap benari bersuara. Saya yakin, masih ramai lagi yang merasa berontak jiwanya di kampus dahulu, ayuh kawan, kita tulis pemberontakan kita ini. Semoga inaya menjadi teladan buat generasi penerus.

Tidak kurang juga ada yang memberi komen sebegini ;-

Setiap tutur kata, madah bicara , petikan-petikan punat keyboard bersama dengan niat...
Jika anda berminat & cenderung kepada sesuatu yang Negatif , maka Negatif lah jadinya...
Janganlah pula berselindung disebalik helah kononnya untuk "membina pemikiran kritis & kritikal"

Jangan cuba bermain dengan api.... Kalau takut dilambung ombak , jangan tanam padi di tepi pantai (eh boleh ker, tanam padi di tepi pantai) ...

Saya sebenarnya khuatir... bicara tanpa suara & nada yang kononnya ingin membentuk idealis krikital bertukar menjadi suatu medium kitaran penuh najis & fitnah...
Najis fitnah ini mungkin bukan dipinta ....
Tetapi kelibat kita yang kononnya bermodalkan kritis yang tidak sedari telah mengundang segalannya.. .

Tanya iman kita , kalau kita meneruskan usaha kritis kita itu boleh melonjakkan iman kita
& sahabat sahabiah kita... maka teruskanlah. ...

Buat insan yang masih trauma dengan nostalgia lama tu... sudah la...
zaman itu sudah berlalu..

Buat sahabat sahabiah kampus generasi kini...
Jika ada kekurangan itu, perbaikilah. ..

Buat pengkritik2 yang berdendam dengan kekecewaan,
muhasabah lah diri anda... "Come with solution" jika kelompangan tarbiyah tu permantapkanlah. .. Janganlah hanya menjadi pengkritik yang ada tangan& kaki tapi kudung... Kudungnya kerana apa ? Kudungnya kerana asyik berhibernasi dan hanya menanti diraikan oleh Jemaah ...

Siapa kita yer untuk diraikan ? Adakah kerana alasan pendapat & pandangan ditolak , maka "berhibernasi" jawapannya ? Kononnya mahu menghukum Jamaah...Jamaah tak rugi se-sen pun..

Berjiwa Besarlah.... . bukan Cakap Besar....

Jika sistem tarbiyah ada kekurangan.. .
perbaikilah. ... bukan berhibernasi. ...
Jiika pandangan kita itu relevan... adakah mustahil untuk sahabat sahabiah menerimanya. .

Ingatlah sahabat sahabiah semua...
Samaada golongan hang jebat or hang jebut,
Yang berhaluan kanan atau kiri...

"People don't care how much you know , until they know how much you care "
"People need solution , not fobjection "
Objection without Solution is nothing....
Solution without Objection is not interesting. ...
Objection it must something... In order to find Solution...
Objection can be -ve or +ve .....
Drive objection properly in order to win... & in order to make reformation. ..

Nevermind, anda ulas lah sendiri. Saya menulis bukan untuk timbulkan kontroversi. Cuma apa yang saya tak puas hati, tercetus dalam hati ini untuk menulis fenomena yang berlaku. Semuanya dah saya tulis di atas. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan beberapa orang ahli J kampus yang menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Dia pun tidak pergi tamrin, tapi dijemput, jadi pimpinan lagi. Sedangkan, yng pegi tamrin pun kna rejeck mcm En. Bada cakap. Oleh itu, cuba fahami apa yang saya nak sampaikan. Jangan terburu-buru mentaksir apa yang sebaliknya.

Kita semua mahu tambah keahlian, tetapi jika yang dah ada pun kita reject ekoran dia suka membangkang dalam meting, dia jadi 'Hang Jebat', ini tidak adil bagi mereka. Macamlah kita ni hebat sangat boleh kategorikan orang tu macam mana, boleh putuskan nak reject orang tu orang ni. Kalau kita malaikat ok lah jugak.

Jika sebegini sikap kita sampai sekarang, payahlah nak tambah ahli. Kepelbagaian ahli J, itulah yang perlu diberi perhatian oleh para pimpinan, 'pengasuh2' di luar sana. Ini kerana, kita tidak boleh melahirkan ahli-ahli yang peel perangai seperti kita, shadid... Ahli J adalah pelbagai, kita kena terima hakikat tersebut. Jika kita tidak menerima, maka berlakulah pulau-memulau. Seperti apa yang pernah saya alami, pimpinan tidak membenarkan kami berkawan dengan seorang sahabat ini oleh kerana dia bukan sefikrah dengan kita. Heh, kita ni sape boleh bagi hukum? Betul ke tak boleh berkawan? kalu kita main redah, ikut je pimpinan, maka hubungn kita dengan orang ni, padahal kawan kita sendiri akan musnah. Nak ke macam tu? So, macam mana nak menambah ahli?

Ditambah lagi peranan para 'PENGASUH' yang tidak bertanggungjawab dengan menghasut para pimpinan kampus supaya bertindak mengikut arahannya. wei, budak-budak di kampus ni xda jawatankuasa mereka sendiri ke? Biarlah diorang buat keputusan musyawarah mereka. Kita 'PENGASUH' ni just bagi guideline, bagi matlamat apa dia, biarlah mereka tentukan hala tuju. Ini tidak, apa-apa nk buat, kena tanya 'PENGASUH'. Ini secara tidak langsung akan mengongkong pemikiran adik-adik kita. Ingatlah amaran saya ini.

Seruling Senja

Sudah lama saya tidak menulis coretan, nukilan, cetusan hati saya dalam halaman ini. Dek kerana kesibukan masa, keterbatasan waktu menyebabkan kita manusia hanya memendam rasa, tidak dapat meluahkan apa yang terbuku dalam diri. Syukur kerana pada malam ini saya diberi ruang seluas-luasnya untuk menaip kembali apa yang tercetus di hati, apa yang lahir dari hati ini sebagai wadah anda semua.

Seminggu dua, sebulan dua ni saya disibukkan dengan gerak kerja di Manek Urai. Biasalah gerak kerja pilihanraya, macam lah juga gerak kerja sesuatu program, tetapi untuk pilihanraya ni, agak rumit sikit lebih-lebih lagi berdepan dengan UMNO/Barisan Nasional. Ah, lupakan je dulu, pening dah duk Manek Urai. Manek Urai bagaikan berpesta lagaknya. Bersyukurlah kepada sesiapa yang dapat mengaut keuntungan dengan berjual beli di sana.

Kisah di Manek Urai meningatkan saya akan kehidupan sebagai aktivis di kampus dahulu kala. Masing-masing kita ni bersemangat dengan parti Islam. Kita bangkang kerajaan. Mana ada ceramah, kita pergi, kita buat gerak kerja 'underground' seperti gerakan parti yang kita minati. Apapun, sejauh mana kita mengamalkannya bila kita keluar kampus? Tak guna bergegar kampus, tapi bila dah kuar, kita ni tak tahu tujuan ke mana. Tak jumpa apa yang kita cari.

Itulah politik anak-anak muda kampus. Pilihanraya ialah medan latihan buat mereka, dihantar ke tempat pilihanraya sebagai jentera pembantu dan sebagainya. Untuk apa, hanayalah untuk membiasakan diri dengan suasana pilihanraya, gerak kerja pilihanraya. Senang, bila keluar nanti, boleh dipraktikkan. Tetapi kebanyakannya kita hanya hebat di tempat orang sahaja. Tak tahu pun soal cawangan kita sendiri. Lebih-lebih lagi, masyarakat setempat kita tak kenal pun kita ni siapa.

Hmm...macam tu lah. Pesanan buat adik-adik semua, jika kamu merasa hebat, hormatlah orang yang lebih tua, jangan kita degil dengan orng yang lebih tua. Tak kemana kita jika kita mengabaikan orang-orang tua dalam parti. Ingatlah, kerana merekalah kita dapat bergerak dengan senang pada hari ini.

Tahniah Editor Kalam Perdana

Friday, June 5, 2009

Selamat pengantin baru saya ucapkam kepada editor Kalam-Perdana yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya Khamis yang lepas. Tahniah dan syabas kepada saudara. Semoga saudara suami isteri memperoleh keberkatan yang berpanjangan. Selamat berbahagia... "Nak honeymoon kat mana?" He..he..he..

Dabong, 22.00...

Integriti

Tuesday, June 2, 2009

Saya menggunakn ruangan ini untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati selepas ianya tidak terdaya dan tidak tergamak untuk diluahkan melalui tutur kata. Ketidak tergmakan itu adalah disebabkan sopan santun kita orang Melayu yang penuh dengan adat-adat yang kadang-kala menjadi susah untuk menyelesaikan masalah. Tapi, itulah realitinya. Lebih-lebih lagi, kebanykan orang, sukar untuk menerima teguran, luahan orang lain terhadapnya. Sebab itulah Jebat 'menderhaka'. Selepas rayuannya kepada sultan tidak diterima lagi ekoran keegoan menguasai diri.

Sekian lama sebuah pentadbiran pihak berkuasa tempatan di sebuah daerah kecil di negeri Kelantan membuat operasi tangkapan haiwan berkeliaran. Namun sekian kali itulah ianya gagal. Mengapa ini boleh berlaku? Mari kita cuba rungkai persoalan ini. Apabila operasi hendak dijalankan. Makluman kepada kakitangan yang terlibat adalh sulit. Tetapi sejauh mana 'sulitnya' itu? Adakah ini perbuatan 'orang dalam' yang membocorkan rahsia dengan hanya menekan butang-butang huruf pada keypad telefon? banyak aduan yang diterima daripada penduduk kampung mengenai haiwan-haiwan berkeliaran didalam kampung.

Malah, ada kes terbaru yang menyebabkan kemalangan maut akibat terlanggar haiwan-haiwan ini. Namun, sejauh manakah tindakan pendukduk kampung? Apatah lagi tindakan pihak berkuasa tempatan? Cuba kita undur sedikit lagi persoalan ini, tujukan kepada pemilik haiwan terbabit. sejauh manakah mereka menjaga haiwan ternakan mereka? Maka persoalan demi persoalan akan timbul menyebabkan jiwa kita dirasakan amat pedih dan memebrontak akan apa yang berlaku ini.

Dahla kakitangan PBT sendiri yang membocorkan rahsia operasi, ditambah lagi sikap penduduk kampung yang bermuka-muka. Malah sikap tuan punya haiwan terbabit yang hanya tersenyum sahaja apabila ternakan mereka menajisi jalan raya. Rosak, berkarat kereta kita terpalit najis di jalan-jalan raya. Adakah kita kini berada di zaman purba? Sebab itulah, jika keaadaan ini berlanjutan tanpa sebarang penyelesaian terutama dari pengembala haiwan, tidak mustahil akan muncul Jebat pada masa akan datang. namun pasti nanti akan adalah pemerhati-pemerhati yang berpeluk tubuh menuduh Jebat 'MENDERHAKA' lagi. Tanpa menilai mengapa Jebat berbuat demikian.

Itu soal lembu, kambing, dan biri-biri yang merayau-rayau di jalan raya. Integriti. Itulah perkara pokok yang ingin dibincangkan bersama. Tujuan saya hanyalah satu, menegakkan keadilan. Dalam PBT yang sama, terletak di sebuah pekan kecil yang menunggu giliran untuk dibangunkan. Entah bila tiba masa itu. Mudah-mudahan akan tiba jua, namun persolannya bila, bila, bila? Buak mengapa, bagaimana, siapa. Tetapi BILA?

Timbul satu persoalan dalam diri saya dan orang lain apabila sesuatu tender telah dibuka, namun tidak semu yang mengetahui bila tender itu itu dibuka, bial tarikh tutupnya. Inikah Integriti? Pentadbiran yang macam mana ni? Ramai yang tidak tahu tender telah dibuka. ramai kontraktor merungut tidak tahu. Mulalah pegawai yang bertanggungjwab itu gelabah macam tak cukup tanah dibuatnya. Nak jawab tak kena, tidak jawab lagi tak kena. Merah padam mukanya. Itu aspek pertama yang mengaitkannya dengan aspek-aspek lain lagi.

Setelah kesemua borang tender di hantar, penilaian dibuat. Lobi-melob berlaku dikalangan kontraktor yang menghantar borang terbabit. Maka berlakulah 'pilih kasih'. Bukan seperti rancangan realiti tv sekarang ni ye. Ini betul-betul pilih kasih. 'Suap-menyuap' berlaku. Apa yang sedih, pegawai-pegawai terbabit merelakan dirinya berada dalam keadaan itu. Dek kerana harta benda. maka betulah apa yang disabdakan Nabi dahulu, umat manusia ini mengejar dunia lebih daripada yang lain.

Difahamkan, sebelum mesyuarat lagi telah dibaut keputusan siapa yang layak mendapat tender tersebut. Apa ini? Apa tujuan mesyuarat? Apa semua ini? Para ahli mesyuarat seolah-olah telah dipukau dan diajar supaya bersetuju dengan pilihan yang dibuat oleh 'pemakan suap' tadi. nampaknya tidak ada integriti langsunglah kalu macam ini. Inilah punca runtuhnya Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala terengganu tempoh hari.

Saya amat terkejut apabila tender terbabit diberikan kepada seseorang yang paling tinggi nilainya. aadakh itu amalan di PBT terbabit? Memebrikan kepada sesiapa yang menender yang paling tinggi? Tidakkah kita akan ambil yang paling rendah atau yang hampir sama dengan nilai/kos kita? Hmmm...saya tak pandai dalam tender menender ini, tapi saya tahu amalan yang biasa dibuat. Tapi di PBT ini, lain dan menyimpang dari amalan biasa. Sedangkan kos sebenarnya 2 kali lebih murah dari apa yang dinilai oleh kontraktor terbabit. Masya Allah.

Saya memang ditakdirkan lahir menjiwai pemberontak seperti Hang Jebat. Jiwa saya amat memberontak memikirkan kejadian ini. Hmmm...bilalah manusia-manusi ini hendak berubah. Bilalah saya dapat melihat manusia-manusia semua mempunyai akhlak yang baik, mulia, bertangungjawab, dan amanh dalam menjalankan tugas harian.

Saya ingin akhiri diskusi ini dengan mengetengahkan suatu punca yang menyebabkan semua ini berlaku. Ianya berpunca daripada lemahnya Iman dan Islam dalam diri masing-masing. Sebab itu, Tok Guru kita menitikberatkan dosa & pahala. Syurga & Neraka. Keran dengan agamalah semuanya akan selamat. Manusia akan reti amanah, reti bertanggungjawab, reti semuanya. Kerana agama mengajar kita adanya balasan syurga dan neraka, adanya dosa dan pahala. Jika kita lupakan agama, kita akan hanyut dalam arus mengejar kemewahan tanpa menghiraukan apa yang akan terjadi kepada kita setelah kita mati dan setelah perbicaraan Rabbul Jalil di AAkhirat kelak. Sedarlah kita semua. Saya menulis bukan kerana dengki kepada tuan-tuan semua. tetapi sebagai insan kerdil yang dahagakan keadilan di muka bumi ini.

Sekian.

Kepanasan...

Minggu lepas saya sempat bersembang dengan seorang sahabat lama. Sudah lama saya tidak ketemu dengannya. Sahabat sejati merupakan sahabat yang selalu kita ingati, kehilangan di sisi amat memeritkan hati. Baiklah, berbalik kepada pertemuan saya tempoh hari. Dalam suasana demam pilihanraya Penanti, Manek Urai ditunggu dengan penuh berhati-hati. Maklumlah, dulu sama-sama aktivis pelajar mithali.

Pertemuan kami yang tidak dijangka di sebuah pekan kecil yang dahagakan pembangunan sama dengan Bandar Baru Tunjung. Dia amat gelisah melihatkan kampungnya yang semakin hari semakin 'panas'. Bukan kerana hujan tidak turun, bukan ekoran dari musim kemaru, tetapi keadaan desanya yang amat-amat keekringan pembangunan yang dikecapi oleh orang lain.

Bukan tajuk Penanti atau Manek Urai yang kami bincangkan pada hari itu, perbualan kami berkisarkan kepada sikap dan perilaku sesetengah orang yang menampakkan dirinya sengaja 'dimainkan' oleh orang lain. Ya, soal rasuah, salah guna kusa, sikap pentingkan diri, dan macam-macam lagi yang membelenggu masyarakat pada masa kini. Tidak cukup dengan masalah sosial remaja, ditambah lagi dengan "Jenayah Kolar Putih' yang lebih profesional dan amat licik.

Pekan Kemubu, lebih terkenal dengan sebuah pekan 'Serambi Madinah', di mana penduduknya hampir semuanya menyokong PAS, sebuah parti politik yang inginkan tertegakknya sebuah Negara Islam seperti Madinah. Dia menceritakan bagaimana masyarakat di Pekan Kemubu amat menitikberatkan akhlak Islam pada suatu ketika dahulu. Kehidupan yang harmoni, saling tolong-menolong. Itu, masih dapat dilihat lagi terutama pada golongan veteran ataupun warga-warga emas di Pekan Kemubu. Saya mencelah dengan berkata kepadanya, kalu begitu, maka beruntunglah sesiapa yang lahir di sana ya?

Dia menganggukan kepada bersetuju, tapi itu dulu katanya dengan nada yang kesal. Pada masa kini, anak-anak muda telah melupai apa yang dipupuk oleh ayah-ayah, datuk nenek mereka. Seolah-olah sudah hilang pedoman dan tidak ada jatidiri sendiri. Lebih-lebih lagi apabila generasi muda keluar berhijrah ke kota metropolitan dengan cetek ilmu agama, cetek pengalaman, serta kurangnya 'kekebalan' diri. Mereka mudah hanyut dibawa arus kota yang seolah-olah menyambut kedatangan penghuni desa ini dengan karpet merah dan hamparan permaidani indah.

Itulah kesannya jika agama suku dan cara hidup suku...keluhnya lagi. Saya pun menambah kata-katanya tadi dengan direct kepada Tun Mahathir lah yang mengajar rakyat Malaysia macm itu. Jika kita tinggalkan agama dalam kehidupan, kita sudah hilang pedoman, kita tidak akan takut pada tuhan lagi. Oleh itu, kita akan ikut syaitan. Maka, jadilah seperti sekrang katanya. Minum arak, berjudi, penagihan dadah, pil kuda, lahir anak luar nikah, rogol, rompak, mencuri, bergocoh, dan lain-lain lagi yang menyebabkan Pekan kemubu menjadi panas.

Anak-anak perempuan melahirkan anak luar nikah saban bulan hasil pergaulan bebas dengan rakan-rakan mereka. Hampir saban tahun anak-anak muda mati 'demam panas'. Ini lah yang menyebabkan Jawatankuasa Kebajikan kampung menubuhkan skuad 'berjaga malam' untuk menjaga kampung dari 'kepanasan' tadi.

Hmm... itulah suasana kampung yang diceritakan kepada saya tempoh hari. Ceritanya lagi, ada sebuah kedai orang Melayu yang diberi sewa kepada seorang Cina untuk menjalankan perniagan runcit. Kedai tersebut merupakan pembekal utama bekalan ARAK murahan kepada anak-anak muda di Pekan Kemubu, Dabong, Jelawang, Stong, dan sebagainya. Terkejut saya mendengarnya, wahai pembesar-pembesar kampung sekalian, bertindaklah sebelum terlambat. Tidak cukup dengan mengadakan mesyuarat sahaja!!!. Cakap dalam persidangan, berapi-api. Tetapi tindakan sebenar tidak ada. memang seronok peruncit itu menjual arak kepada anak-anak Melayu kita. Mungkinkah Pekan Kemubu yang dahulunya Serambi Madinah akan menjadi Serambi Danok?! Jaga-jaga...

hari semakin meninggi, matahari sudah jatuh di ufuk barat. Tetapi cuaca amat suram. Mungkin hujan lebat malam tadi agaknya. Perasaan saya semakin kacau menegnagkan kisah Pekan Kemubu itu, kini, ia sudah menular ke kampung-kampung di sekitarnya. Parah, memang parah. Genaerasi tua meninggalkan generasi muda dengan tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti erti kehidupan yang sebenar. Tidak mahu berusaha untuk berjaya. Tidak mengenal ilmu agama. Apatah lagi sistem pendidikan negara yang tidak menjurus kepada menjadi pelajar/insan yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

...akan bersambung...

Kenangan Mengusek Jiwa

Friday, May 22, 2009

Bersembang dengan shabat-sahabat lama memang mengasyikkan. Subur kembali kenanagan-kenanagan disaat bersama dahulu. Teringat lagu Allahyarham A.Ramlee, Kenangan Mengusek Jiwa. Sudah agak lama saya tinggalkan kehidupan di kampus. Begitu juga sahabat-shabat saya. Masing-masing mebawa diri, membawa hala tuju, membawa penghidupan ke arah yang bahagia. Dalam tempoh itu, ada yang saya jumpa dan ada yang saya tak pernah jumpa sejak perpisahan itu.

Tak mengapalah. Diharap semuanya berada dalam kebahagian yang sebenar. Medan intenet inilah menjadi penghubung yang bisa kita manfaatkan sepenuhnya supaya hubungan tidak luntur dek klorok. Ada la dalam sebulan dua ni saya dapat berhubung dengan sahabat yang sudah lama tidak ketemui. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan hal sendiri, kerja, sambung belajar, dan tak lupa juga yang telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwahnya.

Hmmm....jika di kampus dulu kita hidup bersama, makan bersama, main bersama, tidur bersama, balik kampung bersama, buat program bersama, pendek kata, kehidpan di kampus, memang bersama-sama. Suka, duka, gembira, sedih, sakit, demam, dirasai bersama-sama. Alangkah indah hidup masa tu. Tetapi kini tiada lagi. Kita hidup bersendirian tanpa teman, tidak ada lagi gurau senda Subki, celoteh Nashuha, dan cuit cerapit Marzuki. Hafizi dan Suhaimi telah membina keluarga bahagianya. Bessnye...

Memandangkan sudah lama tak bersua, hanya bertanya khabar dalam ruangan maya tanpa sempadan ni, amat berbeza benar. Kita hanya membaca butiran-butiran teks yang dihantar. tanpa mendengar nada, sama ada sinis, sindir, ketawa, gelak...hmmm....memang berbezalah!!!

Ada yang dah kawin, belum kawin, yang dah dapat anak pun ada, bahagia benar mereka. Kepada yang dah kawin, sayangi dan cintailah isteri/suami anda sepenuhnya. Bahagiakanlah isteri/suami anada semua. Didiklah anak-anak anda dengan didikan yang sempurna. Ingatlah, anak-anak dan isteri/suami adalah anugerah Allah kepada kita semua. Selain itu, ada juga sahabat yang sempat saya sembang masih tidak menemui jodoh lagi, macam saya juga, he..he..he.. Insya Allah, berkat doa, kita senua diberikan jodoh yang sesuai untuk kita semua.

Tidak kurang juga, ada yang mengalami konflik rumah tangga, sama ada serius atau tidak. Kepada sahabat-sahabat yang merasa tidak bahagia bersama pasangan masing-masing, jangalah terlalu mengikut perasaan sangat. Berusahalah menyayangi pasangan anda seadanya. Itulah jodoh anda semua, cubalah membina keluarga yang bahagia. Jngan sesekali merasa kecewa dengan pasangan anada, bawalah berbincang elok-elok. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesainya. Kenalah berlapang dada bincang bersama-sama. Dapatkan nasehat dari orang-orang yang lebih tua dari kita. Biasalah asam garam gula kehidupan.

Hmmm.....itulah antara pengalaman-pengalaman yang saya dapat kongsi semasa berbicara dengan sahabat-sahabat yang pernah hidup bersama-sama suatu waktu dahulu. Kepada semua, hargailah sahabat anda, kerana selepas ibu bapa, shabatlah orang yang paling dekat dengan kita semua. Jangan kita abaikan kepentingan sahabat kita, kelak kita akan perlukan mereka.

Dengarkan lagu ini,(....) khas untuk anda yang membaca artikel ini.


Wednesday, May 20, 2009

Alahai Bolasepak Liga DUN...

April datang lagi, maka Pihak Urusetia DUN di setiap Dun Negeri Kelantan sedang sibuk menganjurkan Kejohanan Bolasepak Liga Dun yang merupakan acara tahunan bagi menarik golongan-golongan muda ke arah aktiviti yang sihat dan berfaedah.

Maka hampir setiap petang terutamanya petang hujung minggu amat meriahlah di padang-padang utama di setiap dun dengan sorakan dan teriakan para penyokong pasokan masing-masing. Amanat meriah sekali, penganjur hampir tersenyum lebar dengan kejayaanya menganjurkan kejohanan tersebut.

Apa yang saya nak ketengahkan di sini ialah penganjurnya ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) setiap dun di negeri Kelantan. Memang bagus dan bijak cara pendekatannya itu. Tahniah diucapkan. Cuma, apakah kita semua sedar? Dalam kesibukan kita merencanakn program dan aktiviti, soal tuntutan agama adalah perlu diberi perhatian.

Perkara pokok yang saya ingin utarakan sebagai perbincangan ialah soal pemakaian para pemain bolasepak berkenaan. Saya sempat menjenguk perlawanan yang diadakan, amat sedih sekali apabila para pemain memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Adakah penganjur sedar isu ini? Apakah hukumnya? Apakah hukum bagi penganjur yang menganjurkannya?

Cubalah direnung-renungkan. PAS yang menganjurkan, tetapi adakah kita sebagai pendokongnya hanya mampu melihat sahaja acara yang kita anjurkan berbaur dengan maksiat?

Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan. Apakah tindakan yang sewajarnya diambil. Membangun Bersama Islam!!! Takbir!!!

 
 
 
 
Copyright © cetusan hati