Jebat Kembali....

Saturday, May 9, 2009

"Alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup, dapat dia kalahkan si Jebat keparat itu", keluh Sultan Melaka sendirian setelah negerinya huru-hara angkara si Jebat yang bangkit menuntut keadilan setelah kematian sahabatnya Tuah. "Ampun Tuanku, sembah derhaka patik sembahkan, sebenarnya Tuah masih hidup, hamba sembunyikannya di Hulu Melaka", sembah Bendahara meyebabkan Tuanku Sultan Melaka sedikit tersenyum menandakan satu harapan baru...

Itulah serba sedikit apa yang berlaku dalam 'politik' awal di Melaka sutu ketika dahulu. Kita semua sedar, akan ketaatan Laksamana Hang Tuah kepada sultannya, kehebatan beliau di medan perang, sehingga beliau di angkat setinggi-tingginya oleh penduduk Melaka waktu itu.

Tetapi, apabila beliau dfitnah, dan dihukum bunuh oleh sultan, siapakah bangkit menuntut bela? Adakah jasanya selama ini dipadamkan terus oleh sultan? Itulah yang sukar difahami oleh insan biasa seperti kita, sebab kita dijajah pemikiran, kita dijolok dengan watak yang menjurus ke arah ketaatan kepada pemimpin. Dalam hal ini, beliau dikhianati (difitnah), adakah langkah yang di ambil Jebat itu salah?

Setelah dibebaskan, sultan mengarahkan Tuah supaya menghapuskan Jebat, bagaimanakah kita rakyat biasa bisa menilai persepsi ini? Jebat yang tidak mengetahui Tuah masih hidup, 'derhaka' disebabkan sahabatnya itu difitnah, Sedangkan tiada siapa pun berani menuntut keadilan terhadap Tuah yang selama ini banyak menabur bakti di Melaka. Alangkah hancur hati Jebat apabila Tuah yang tahu dia difitnah, tetapi masih dengan ketaatanya itu tanpa berbelah bahagi.

Di sinilah watak Jebat dibina dan dibentuk, terlalu sukar untuk kita menerima hakikat kebenaran Jebat, kita sering mengaungkan Tuah semata-mata. Tetapi terlupa sumbangan besar Jebat dalam pembentukan jiwa & raga yang murni menuntut keadilan yang sebenar.

Kini aku kembali lagi, menghidupkan watak Jebat Si Penderhaka. Tetapi dengan suatu misi yang berbeza. Bila filem Hang Tuah lakonan P.Ramee ditayangkan, aku cukup tertekan menontonya, ketidakpuasan hati menyebabkan aku meutup terus peti televisyen. Akan tetapi, aku lebih rela menonton Filem Hang Jebat, lakonan Nordin Ahmad. Aku suka sebab ia menghidupkan watak Jebat yang sebenarnya.

Jebat ada dimana-mana, cuma sama ada Jebat itu menonjol atau tidak, sama ada Jebat itu berani atau tidak, aku yakin, jika Jebat masih hidup, kita semua akan faham apa yang berlaku sebenarnya...

Salam perjuangan...

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
 
Copyright © cetusan hati