Kenangan Mengusek Jiwa

Friday, May 22, 2009

Bersembang dengan shabat-sahabat lama memang mengasyikkan. Subur kembali kenanagan-kenanagan disaat bersama dahulu. Teringat lagu Allahyarham A.Ramlee, Kenangan Mengusek Jiwa. Sudah agak lama saya tinggalkan kehidupan di kampus. Begitu juga sahabat-shabat saya. Masing-masing mebawa diri, membawa hala tuju, membawa penghidupan ke arah yang bahagia. Dalam tempoh itu, ada yang saya jumpa dan ada yang saya tak pernah jumpa sejak perpisahan itu.

Tak mengapalah. Diharap semuanya berada dalam kebahagian yang sebenar. Medan intenet inilah menjadi penghubung yang bisa kita manfaatkan sepenuhnya supaya hubungan tidak luntur dek klorok. Ada la dalam sebulan dua ni saya dapat berhubung dengan sahabat yang sudah lama tidak ketemui. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan hal sendiri, kerja, sambung belajar, dan tak lupa juga yang telah meninggal dunia. Al Fatihah buat arwahnya.

Hmmm....jika di kampus dulu kita hidup bersama, makan bersama, main bersama, tidur bersama, balik kampung bersama, buat program bersama, pendek kata, kehidpan di kampus, memang bersama-sama. Suka, duka, gembira, sedih, sakit, demam, dirasai bersama-sama. Alangkah indah hidup masa tu. Tetapi kini tiada lagi. Kita hidup bersendirian tanpa teman, tidak ada lagi gurau senda Subki, celoteh Nashuha, dan cuit cerapit Marzuki. Hafizi dan Suhaimi telah membina keluarga bahagianya. Bessnye...

Memandangkan sudah lama tak bersua, hanya bertanya khabar dalam ruangan maya tanpa sempadan ni, amat berbeza benar. Kita hanya membaca butiran-butiran teks yang dihantar. tanpa mendengar nada, sama ada sinis, sindir, ketawa, gelak...hmmm....memang berbezalah!!!

Ada yang dah kawin, belum kawin, yang dah dapat anak pun ada, bahagia benar mereka. Kepada yang dah kawin, sayangi dan cintailah isteri/suami anda sepenuhnya. Bahagiakanlah isteri/suami anada semua. Didiklah anak-anak anda dengan didikan yang sempurna. Ingatlah, anak-anak dan isteri/suami adalah anugerah Allah kepada kita semua. Selain itu, ada juga sahabat yang sempat saya sembang masih tidak menemui jodoh lagi, macam saya juga, he..he..he.. Insya Allah, berkat doa, kita senua diberikan jodoh yang sesuai untuk kita semua.

Tidak kurang juga, ada yang mengalami konflik rumah tangga, sama ada serius atau tidak. Kepada sahabat-sahabat yang merasa tidak bahagia bersama pasangan masing-masing, jangalah terlalu mengikut perasaan sangat. Berusahalah menyayangi pasangan anda seadanya. Itulah jodoh anda semua, cubalah membina keluarga yang bahagia. Jngan sesekali merasa kecewa dengan pasangan anada, bawalah berbincang elok-elok. Setiap masalah mesti ada jalan penyelesainya. Kenalah berlapang dada bincang bersama-sama. Dapatkan nasehat dari orang-orang yang lebih tua dari kita. Biasalah asam garam gula kehidupan.

Hmmm.....itulah antara pengalaman-pengalaman yang saya dapat kongsi semasa berbicara dengan sahabat-sahabat yang pernah hidup bersama-sama suatu waktu dahulu. Kepada semua, hargailah sahabat anda, kerana selepas ibu bapa, shabatlah orang yang paling dekat dengan kita semua. Jangan kita abaikan kepentingan sahabat kita, kelak kita akan perlukan mereka.

Dengarkan lagu ini,(....) khas untuk anda yang membaca artikel ini.


0 comments:

Post a Comment

 
 
 
 
Copyright © cetusan hati