Seruling Senja

Tuesday, July 7, 2009

Sudah lama saya tidak menulis coretan, nukilan, cetusan hati saya dalam halaman ini. Dek kerana kesibukan masa, keterbatasan waktu menyebabkan kita manusia hanya memendam rasa, tidak dapat meluahkan apa yang terbuku dalam diri. Syukur kerana pada malam ini saya diberi ruang seluas-luasnya untuk menaip kembali apa yang tercetus di hati, apa yang lahir dari hati ini sebagai wadah anda semua.

Seminggu dua, sebulan dua ni saya disibukkan dengan gerak kerja di Manek Urai. Biasalah gerak kerja pilihanraya, macam lah juga gerak kerja sesuatu program, tetapi untuk pilihanraya ni, agak rumit sikit lebih-lebih lagi berdepan dengan UMNO/Barisan Nasional. Ah, lupakan je dulu, pening dah duk Manek Urai. Manek Urai bagaikan berpesta lagaknya. Bersyukurlah kepada sesiapa yang dapat mengaut keuntungan dengan berjual beli di sana.

Kisah di Manek Urai meningatkan saya akan kehidupan sebagai aktivis di kampus dahulu kala. Masing-masing kita ni bersemangat dengan parti Islam. Kita bangkang kerajaan. Mana ada ceramah, kita pergi, kita buat gerak kerja 'underground' seperti gerakan parti yang kita minati. Apapun, sejauh mana kita mengamalkannya bila kita keluar kampus? Tak guna bergegar kampus, tapi bila dah kuar, kita ni tak tahu tujuan ke mana. Tak jumpa apa yang kita cari.

Itulah politik anak-anak muda kampus. Pilihanraya ialah medan latihan buat mereka, dihantar ke tempat pilihanraya sebagai jentera pembantu dan sebagainya. Untuk apa, hanayalah untuk membiasakan diri dengan suasana pilihanraya, gerak kerja pilihanraya. Senang, bila keluar nanti, boleh dipraktikkan. Tetapi kebanyakannya kita hanya hebat di tempat orang sahaja. Tak tahu pun soal cawangan kita sendiri. Lebih-lebih lagi, masyarakat setempat kita tak kenal pun kita ni siapa.

Hmm...macam tu lah. Pesanan buat adik-adik semua, jika kamu merasa hebat, hormatlah orang yang lebih tua, jangan kita degil dengan orng yang lebih tua. Tak kemana kita jika kita mengabaikan orang-orang tua dalam parti. Ingatlah, kerana merekalah kita dapat bergerak dengan senang pada hari ini.

0 comments:

Post a Comment

 
 
 
 
Copyright © cetusan hati