Rasanya ramai yang menyedari akan hakikat ini. Kriteria utama menjadi ahli 'J'. Jika sebelum ini bayak kita saksikan pelbagai kaedah politiking yang kita perati. Ada yang berbaiah..tetapi akhirnya dipulaukan. Dibiarkan tanpa bimbingan. Tetapi ada yang tidak berbaiah, tidak pergi tamrin, diambil, dianak emaskan...perkara pokok yang saya nampak adalah berbentuk kronisme.
Mengapa ini berlaku? Mengapa bila seseorang itu membangkang, maka dia dipulaukan? Sedangkan dia telah berbaiah. Adakah kita merasa seronok bernuat demikian? ykinlah semua, kerja2 mencabtas orang ekorang tidak suka sikapnya yang membanfkan akan merugikan kita semua.
Tulisan inilah yang menggegarkan dunia Tautan Hati. Banyak komen yang diperolehi. Saya menucapkan terima kasih kepada komentar-komentar yang berani. Saya masih lagi menunggu komen-komen dari semua ahli yang lain. Saya mengutarakan tajuk "Kriteria Ahli Jemaah" adalah untuk kita semua sedar akan apa yang kita buat. Ini kerana saya merasakan ada yang tidak kena dalam pemilihan atau pengambilan ahli-ahli J ini. Macam tidak adil pulak. Cuba anda semua baca komen di bawah ini;-
Klu abang nak tahu kat skudai mcm tu la, jumud & skeptikal, dah jadi ahli masa utmkl, p skudai kena reject.. adakah matlamat jemaah itu tamrin, atau tamrin sbgai jalan je?
modul tamrin satu lagi byk tak ikut sunnah, benda sunat blh jadi wajib dalam tamrin. alasannya untuk tarbiyyah. tarbiyyah yang sebenar adalah selaras dengan sunnah nabi, bukannya mengubah hukum ibadat. contoh ibadat yang sunat bertukar wajib ketika tamrin ialah
1) wajib puasa isnin dan khamis: masa saya bersekolah di sekolah tok guru nik aziz dulu takda pun ustaz2 wajibkan puasa sunat ni, klu nak ikut tempoh tarbiyyah(pendidika n) lagi lama, sepanjang tahun.
2)sembahyang berjamaah disurau bagi muslimat: semasa saya sekolah di pulau melaka, tarbiyyah tok guru nik aziz ialah tidak wajibkan dan tidak larang pelajar perempuan turun kemasjid, selaras dengan apa yang nabi buat.
3) wajibkan baca ma'surat berjemaah ketika tamrin: dr yusuf qaradhawi dalam bukunya kenangan ku bersama ikhwan ada bagi tau,semasa beliau dalam penjara ada yang baca ma'surat, ada yang tinggalkan.. alasannya jelas taknak bagi nampak benda tu jadi wajib, kenapa la kita pandai2 g ubah hukum, siapa la kita ni..
4) minum air garam: Islam jelas menolak mudharat, dalilnya ikut logik akal pun dah tahu garam tu klu berlebihan boleh menyebabkan hipotensi. alasannya sekali sekala tak apa, garam boleh tambah tenaga, kesian kerajaan malaysia, kempen kurangkan garam pun ditolak oleh puak2 pembangkang yang berada di universiti
5) jamu nasi basi alasan untuk denda: syeikh, musuh yang ditawan oleh tentera islampun disuruh layan dengan elok, jika nak banding salah peserta tamrin dengan dosa musuh yang lawan islam mana lebih teruk
6) ajar menipu: menggunakan sirr dan hazar dengan sewenang-wenangnya.
Semoga anda semua faham akan maksudnya, jangan diputar belit macam isu yang sebelum ni, Menyokong Tok Guru Nik Aziz. Saya cukup kecewa bila kita semua salah faham apa yang saya maksudkan dalam artikel seblum ini.
Komentar di atas merupakan seorang aktivis yang tidak jemu dengan dunianya, namu dia merasakan ada yang tidak berlaga dengan angin dia. Berkebetulan tajuk artikel saya tersebut, dia tanpa segan silu memberi komen. Tahniah saudara, saya amat menghargainya. Orng yang macam ini lah yang kita nak cari. Berani kerana benar. Bukan hipokrit. Seterusnya saya menulis lagi seperti ini;-
Syabas En. Bada, anda memang idealis...kadang-kadang mcm tu lah, bila kita kata J ni kronisme...marah,tak puas hati..tetapi hakikatnya mcm tu lah....Tak pegi tamrin, tak baiah...tapi disebabkan kroni...diterima masuk...yang pegi tamrin, berbaiah, tetapi suka membangkang dlm meting, diketepikan....hmmm...sampai bl la kita nk jadi mcm ni....banyak berpolitik dan teori semata-mata...eh, kawan2 kita yang sama seksyen tu bukan orang kita ke? saya rasa, kita lebih mesra dengan sahabat2 kita yang sama seksyen walaupun mereka bukan ahli J, ini kerana kita merasa bebas berkawan dengan mereka, tidak menipu diri sendiri... TIDAK HIPOKRIT.....Bahaya HIPOKRIT ni...kita bermain dengan perasaan dlm diri...
kita menipu diri kita kononnya kita ni berjurus semata2....cakap ana, enta, enti, antum....hakikatnya kita tak mcm 2....kalu kelate gak...demo, kawe...lebih mesra mcm tu...hmmm...tahlah.....dah tu...nk jadi mcm Thaksin pulak tu...kasar ke?hehehe...biasalah....kalu tak kasar, lembut.....eh, betul ke apa hk saya bagitahu ni?
Kepada En. Bada, anda tulislah kisah2 perjuangan anda, bukukan supaya dijadikan iktibar untuk adik2 kita....Insya Allah, saya akan komen penulisan anda.....Tahniah....
Hmm...mcam tu lah, lebih banyak saya menulis, lebih hebat lah komen-komen. Teruskan komen, kerana kita semua diberi ruang seluas-luasnya untuk memberi komen. Saya tak kisah komen itu nk marah ke, nk puji ke, nk kongsi pengalaman ke, terpulanglah kerana ia semuanya akan dinilai oleh individu masing-masing. Bersikap benari bersuara. Saya yakin, masih ramai lagi yang merasa berontak jiwanya di kampus dahulu, ayuh kawan, kita tulis pemberontakan kita ini. Semoga inaya menjadi teladan buat generasi penerus.
Tidak kurang juga ada yang memberi komen sebegini ;-
Setiap tutur kata, madah bicara , petikan-petikan punat keyboard bersama dengan niat...
Jika anda berminat & cenderung kepada sesuatu yang Negatif , maka Negatif lah jadinya...
Janganlah pula berselindung disebalik helah kononnya untuk "membina pemikiran kritis & kritikal"
Jangan cuba bermain dengan api.... Kalau takut dilambung ombak , jangan tanam padi di tepi pantai (eh boleh ker, tanam padi di tepi pantai) ...
Saya sebenarnya khuatir... bicara tanpa suara & nada yang kononnya ingin membentuk idealis krikital bertukar menjadi suatu medium kitaran penuh najis & fitnah...
Najis fitnah ini mungkin bukan dipinta ....
Tetapi kelibat kita yang kononnya bermodalkan kritis yang tidak sedari telah mengundang segalannya.. .
Tanya iman kita , kalau kita meneruskan usaha kritis kita itu boleh melonjakkan iman kita
& sahabat sahabiah kita... maka teruskanlah. ...
Buat insan yang masih trauma dengan nostalgia lama tu... sudah la...
zaman itu sudah berlalu..
Buat sahabat sahabiah kampus generasi kini...
Jika ada kekurangan itu, perbaikilah. ..
Buat pengkritik2 yang berdendam dengan kekecewaan,
muhasabah lah diri anda... "Come with solution" jika kelompangan tarbiyah tu permantapkanlah. .. Janganlah hanya menjadi pengkritik yang ada tangan& kaki tapi kudung... Kudungnya kerana apa ? Kudungnya kerana asyik berhibernasi dan hanya menanti diraikan oleh Jemaah ...
Siapa kita yer untuk diraikan ? Adakah kerana alasan pendapat & pandangan ditolak , maka "berhibernasi" jawapannya ? Kononnya mahu menghukum Jamaah...Jamaah tak rugi se-sen pun..
Berjiwa Besarlah.... . bukan Cakap Besar....
Jika sistem tarbiyah ada kekurangan.. .
perbaikilah. ... bukan berhibernasi. ...
Jiika pandangan kita itu relevan... adakah mustahil untuk sahabat sahabiah menerimanya. .
Ingatlah sahabat sahabiah semua...
Samaada golongan hang jebat or hang jebut,
Yang berhaluan kanan atau kiri...
"People don't care how much you know , until they know how much you care "
"People need solution , not fobjection "
Objection without Solution is nothing....
Solution without Objection is not interesting. ...
Objection it must something... In order to find Solution...
Objection can be -ve or +ve .....
Drive objection properly in order to win... & in order to make reformation. ..
Nevermind, anda ulas lah sendiri. Saya menulis bukan untuk timbulkan kontroversi. Cuma apa yang saya tak puas hati, tercetus dalam hati ini untuk menulis fenomena yang berlaku. Semuanya dah saya tulis di atas. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan beberapa orang ahli J kampus yang menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Dia pun tidak pergi tamrin, tapi dijemput, jadi pimpinan lagi. Sedangkan, yng pegi tamrin pun kna rejeck mcm En. Bada cakap. Oleh itu, cuba fahami apa yang saya nak sampaikan. Jangan terburu-buru mentaksir apa yang sebaliknya.
Kita semua mahu tambah keahlian, tetapi jika yang dah ada pun kita reject ekoran dia suka membangkang dalam meting, dia jadi 'Hang Jebat', ini tidak adil bagi mereka. Macamlah kita ni hebat sangat boleh kategorikan orang tu macam mana, boleh putuskan nak reject orang tu orang ni. Kalau kita malaikat ok lah jugak.
Jika sebegini sikap kita sampai sekarang, payahlah nak tambah ahli. Kepelbagaian ahli J, itulah yang perlu diberi perhatian oleh para pimpinan, 'pengasuh2' di luar sana. Ini kerana, kita tidak boleh melahirkan ahli-ahli yang peel perangai seperti kita, shadid... Ahli J adalah pelbagai, kita kena terima hakikat tersebut. Jika kita tidak menerima, maka berlakulah pulau-memulau. Seperti apa yang pernah saya alami, pimpinan tidak membenarkan kami berkawan dengan seorang sahabat ini oleh kerana dia bukan sefikrah dengan kita. Heh, kita ni sape boleh bagi hukum? Betul ke tak boleh berkawan? kalu kita main redah, ikut je pimpinan, maka hubungn kita dengan orang ni, padahal kawan kita sendiri akan musnah. Nak ke macam tu? So, macam mana nak menambah ahli?
Ditambah lagi peranan para 'PENGASUH' yang tidak bertanggungjawab dengan menghasut para pimpinan kampus supaya bertindak mengikut arahannya. wei, budak-budak di kampus ni xda jawatankuasa mereka sendiri ke? Biarlah diorang buat keputusan musyawarah mereka. Kita 'PENGASUH' ni just bagi guideline, bagi matlamat apa dia, biarlah mereka tentukan hala tuju. Ini tidak, apa-apa nk buat, kena tanya 'PENGASUH'. Ini secara tidak langsung akan mengongkong pemikiran adik-adik kita. Ingatlah amaran saya ini.